Laman web ini memaparkan jadual waktu Imsak, Subuh dan Berbuka bagi bulan Ramadan 1447H / 2026M untuk semua zon waktu solat di Malaysia.
Projek ini adalah adalah projek CSR (Corporate Social Responsibility) dibangunkan oleh Masjid Al-Mukhlisin, Taman Jaya 6 (MAMTJ6) untuk memudahkan umat Islam di Malaysia merancang ibadah puasa dengan paparan yang ringkas, mesra pengguna dan boleh diakses melalui pelbagai peranti.
Ciri-ciri utama:
Paparan waktu untuk semua 61 zon waktu solat di Malaysia
Pemilihan zon akan disimpan di peranti dan dipaparkan semula secara automatik
Pautan lokasi boleh dikongsi - URL mengikut zon waktu solat yang dipilih
Butang kongsi untuk berkongsi pautan dengan maklumat zon (Negeri, Zon, Daerah)
Paparan khas countdown untuk waktu berbuka dan imsak dengan peralihan automatik antara fasa
'Highlight' berwarna hijau pada kotak waktu seterusnya yang terhampir (Imsak, Subuh atau Berbuka)
Peringatan visual (denyutan oren) 5 minit sebelum waktu tiba pada countdown dan kotak waktu
Data dikemaskini secara automatik pada tengah malam tanpa perlu muat semula halaman
Reka bentuk responsif untuk telefon (date card) dan komputer (jadual penuh)
Boleh dipasang (install) sebagai aplikasi pada telefon atau komputer (PWA)
Notifikasi kemaskini automatik apabila versi baharu aplikasi tersedia
Laman ini adalah sebuah Progressive Web App (PWA) — iaitu laman web yang boleh dipasang terus pada peranti anda seperti aplikasi biasa, tanpa perlu memuat turun dari App Store atau Play Store.
Cara pasang di Android (Chrome / Edge):
Buka laman ini dalam pelayar Chrome atau Edge
Ketik menu ⋮ (tiga titik) di penjuru atas kanan
Pilih "Tambah ke skrin utama" atau "Pasang aplikasi"
Ketik Pasang — ikon aplikasi akan muncul di skrin utama anda
Cara pasang di iOS (Safari):
Buka laman ini dalam pelayar Safari
Ketik ikon Kongsi (kotak dengan anak panah ke atas) di bar bawah
Tatal ke bawah dan pilih "Tambah ke Skrin Utama"
Ketik Tambah — ikon aplikasi akan muncul di skrin utama anda
Cara pasang di komputer (Chrome / Edge):
Buka laman ini dalam pelayar Chrome atau Edge
Klik ikon pasang (⊕) yang muncul di bar alamat sebelah kanan
Klik Pasang — aplikasi akan dibuka dalam tetingkap tersendiri
Nota penggunaan luar talian: Antara muka aplikasi (app shell) boleh dimuatkan tanpa internet setelah dipasang. Walau bagaimanapun, data waktu solat memerlukan sambungan internet kerana ia diambil daripada API JAKIM secara langsung. Pastikan anda membuka aplikasi sekali dalam talian sebelum menggunakannya dalam keadaan luar talian.
Setiap kali versi baharu aplikasi tersedia, notifikasi kemaskini (toast hijau) akan muncul di bahagian bawah skrin. Ketik "Kemaskini" untuk memuat semula dan mendapatkan versi terkini.